Wedding Planner Association With Kerongsang Emas

Salam,agak lama rasanya tidak update blog di sini,kami terlalu sibuk dgn berbagai urusan demi memantapkan perniagaan kami.Solid Mediawork kini sedang berusaha untuk kearah produksi filem serta memperkenalkan jenama Solid Mediawork ke peringkat antarabangsa,dan oleh kerana itu,tidak dapat memberi sepenuh masa untuk urusan fotografi perkahwinan.

SMW via Kerongsang Emas

Oleh Demikian,Solid Mediawork kini telah bekerjasama dengan Kerongsang Emas iaitu sebuah syarikat perkhidmatan dekorasi pengantin terkenal berpusat di Seremban,Negeri Sembilan bagi menyediakan perkhidmatan fotografi perkahwinan di sekitar Semenanjung Malaysia.

Di mana Kerongsang Emas telah menjadi partner kami bagi membantu dalam proses penyediaan konsep fotografi + storyboard , studio fotografi,pakaian persalinan dan berbagai pakej menarik disediakan untuk majlis perkahwinan anda.

Segala urusan berkaitan hal-hal perkahwinan termasuk fotografi perkahwinan,anda boleh berjumpa wakil kami atau Kerongsang Emas dan mengunjungi Studio Kerongsang Emas yang bertempat Di Seremban untuk melihat album contoh serta membuat perancangan teliti bersama pakar kami demi merealisasikan impian saat bahagia anda dapat diabadikan dengan cantik serta eksklusif.

Klik Pada Gambar untuk ke blog KERONGSANG EMAS

Comments